Powered By Blogger

Monday, November 2, 2009

Percutian

Ada sebuah keluarga, yang sangat kaya..Mereka membawa anak-anak mereka bercuti ke sebuah perkampungan yang sangat daif..apabila sampai di sana, mereka menetap di sebuah rumah yang di huni oleh keluarga miskin selama 3 hari 2 malam..banyak yang di pelajari oleh si anak..

Apabila pulang, si ayah bertanya kepada si anak.."Bagaimana dengan percutian kali ini??" Si anak menjwb, "Hebat ayah.." Si ayah bertanya lagi.."Jadi, kamu dapat lihat kan betapa miskinnya mereka??" "Ya ayah.." jwb si anak.."Apa yang kamu dpt pelajari??" tanya si ayah dengan nada yang angkuh...

Lalu si anak menjawab.." Kita mempunyai seekor kuda, tetapi mereka mempunyai 4 ekor. Kita ada sebuah kolam yg besarnya seluruh taman, tetapi mereka mempunyai tasik yang tidak ada penghujung. Kita ada lampu yang di Import, tetapi mereka mempunyai seluruh bintang di langit. Kita ada tempat pejalan kaki yang hanya hingga ke pintu pagar, tetapi mereka mempunyai sepanjang dunia. Kita mempunyai sebidang tanah untuk kita menetap, tetapi mereka mempunyai tanah seluas alam untuk hidup. Kita membeli makanan, tetapi mereka mencipta makanan untuk di jamah. Kita mempunyai orang gaji yang melayan kehendak kita, tetapi mereka melayan sesama sendiri untuk kehendak mereka sendiri. Kita ada pagar dan dinding untuk melindungi kita dari bahaya, tetapi mereka mempunyai sebuah keluarga yang besar dan melindungi antara sesama mereka "..

Si ayah terkedu dengan jawapan anaknya...

Si anak berkata lagi..." Terima kasih ayah..kerana menyedarkan saya betapa miskinnya kita..."

No comments:

Post a Comment